Purple Snowflake Destiny: MALAYSIAN SCOUT

MALAYSIAN SCOUT

SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Robert Stephenson Smith Baden Powell

Biodata BP

Nama Penuh                             : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan                   : BP
Tarikh Lahir                             : 22 Februari 1857
Tempat Lahir                           : London, England
Pendidikan Awal                   : Charter House, London
Pekerjaan                                   : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa                                : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri                               : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. PergerakanPengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakanpengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negarapengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.








Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan PengakapSedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak PengakapMalaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.



LOGO PENGAKAP DUNIA




LOGO PENGAKAP MALAYSIA

a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat     kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang       Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan             undang-undang Pengakap yang sepuluh.  


c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"


d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri           dalam Malaysia"


e) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama       Islam". 


f) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan                        Persaudaraan Pengakap Sedunia".


g) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
    kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"


h) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli           Yang Maha Mulia Raja-Raja.






SUMPAH SETIA







LIRIK LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia

Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, pengakap Malaysia



http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/10/lirik-lagu-pengakap.html

SIMPULAN DAN IKATAN ASAS

IKATAN TALI-SIMPULAN BUKU SILA


Fungsi:
1. Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.2. Biasanyan digunakan untuk menyambung tali khemah, bungkusan hadiah dan ikatan kain anduh. kerana ianya mudah dibuka semula.
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.

IKATAN TALI-SIMPULAN BUNGA KETI

Fungsi:
1. Menyambung dua hujung tali yang tidak sama jenis dan saiz.2. Biasa digunakan untuk mengikat tali kapal atau perahu di jeti
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.


IKATAN TALI-SIMPULAN MANUK


Fungsi:
1. Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.2. Kelebihan ikatan ini adalah mudah diikat dan ditanggalkan.
IKATAN IKATAN-SIMPULAN TINDIH KASIH
Fungsi:
1. Digunakan untuk mengikat leher binatang, benda dan sebagainya tanpa menjerut lehernya.2. Biasa digunakan oleh penternak lembu, kambing dan juga kuda.

No comments:

Post a Comment